Anda mesti pernah dengar rakan-rakan atau kenalan anda yang borong barang dari China untuk tujuan tertentu seperti untuk berniaga.
Negara China memang terkenal sebagai pengeluar barangan dengan harga yang sangat murah.
Kebanyakan barang yang didapati di Malaysia juga diperbuat dari China.
Tetapi pernahkan terlintas dalam fikiran anda mengapa China menjadi tumpuan utama bagi membeli barang secara borong?
Dan bagaimanakah cara untuk anda membeli secara borong dari China?
Lanjutkan pembacaan untuk mengetahui rahsia mengapa China menjadi tumpuan pemborong dan di manakah anda boleh memborong barangan yang anda ingini.
Kenapa Borong Barang Dari China?
Ramai yang akan menganggap sebab harga barangan di China rendah adalah kerana kos menggaji pekerja murah.
Tetapi sebenarnya, terdapat pelbagai faktor lain yang membolehkan China mengeluarkan produk dengan harga yang jauh lebih rendah dari negara lain.
- Produksi skala besar dan kos material yang rendah
Kebanyakan kilang produksi di China adalah antara yang terbaik di dunia jika dibandingkan dengan negara pembuatan lain.
Kilang pembuatan di China merangkumi beratus, malah beribu produk pembuatan daripada pembuatan pakaian hingga industri berat.
Disebabkan permintaan yang diterima adalah dari serata dunia, maka tidak hairanlah jika mereka mampu mencapai jumlah produksi mencecah angka jutaan produk sehari.
Dengan permintaan yang tinggi, jadi kos material boleh dikurangkan.
Hasilnya, kos produksi menjadi sangat murah
- Industri bekalan rantaian yang lengkap
Proses bekalan rantaian di China sangatlah lengkap sehingga mampu memenuhi setiap permintaan pelanggan.
Tidak mengira jenis industri, proses bekalan rantaian di China menyediakan servis yang baik.
Anda boleh cari proses bekalan rantaian industri yang anda ingini dengan mudah.
Anda juga boleh perbaharui kadar kecekapan pengeluaran produksi dan secara tidak langsung mengurangkan kos pekerja.
Kerja pun akan bertambah efisien dengan tenaga kerja yang optimum.
Bukan itu sahaja, kos pengurusan produk dan komoditi juga dapat dikurangkan.
- Infrastruktur terbaik
Antara faktor lain adalah infrastruktur yang lengkap dan bagus.
Infrastruktur yang disediakan oleh kerajaan China bertujuan untuk membantu pengilang mengeksport produk dengan cepat dan cekap.
Hasilnya, pengurusan bekalan produk di China adalah antara yang terbaik dan efisien.
- Terbaik dalam teknologi e-dagang
China dilihat sebagai antara kuasa yang mendominasi teknologi e-dagang.
Jack Ma dengan syarikatnya, Alibaba adalah antara bukti bagi penguasaan mereka dalam industri tersebut.
Gergasi e-dagang seperti Ebay atau Amazon juga kalah dengan syarikat China dari pelbagai sisi.
Antaranya adalah kerana mereka mempunyai fasiliti yang lengkap, gudang yang besar, pangkalan data pengilang yang ramai dan kemudahan eksport yang efisien.
Kemudahan teknologi e-dagang ini juga mampu membantu pengilang mendapatkan pelanggan dari serata dunia.
Tidak termasuk lagi pemborong negara luar yang sentiasa ke China untuk produk mereka.
Bila permintaan mudah didapati, kos pemasaran juga menurun.
- Persaingan yang sengit
Persaingan antara pengilang dan pemborong di China berlaku apabila hampir semua produk boleh didapati.
Jadi pemborong di Malaysia dengan mudahnya boleh mencari produk alternatif dari kilang atau pemborong lain sekiranya harga yang dijual mahal.
Untuk menarik pembeli dan kekal relevan dengan pasaran semasa, produk terpaksa dijual dengan harga yang rendah.
7 Website Borong Dari China
Seperti yang dikatakan tadi, salah satu sebab mengapa China menjadi tumpuan untuk memborong barangan adalah kekuatan industri e-dagang mereka.
Senanglah, anda tidak perlu ke China untuk memborong barangan mereka.
Terdapat banyak website yang anda boleh layari untuk dapatkan barang borongan dari China.
- Taobao
Kalau Amerika Syarikat ada Amazon, China ada Taobao.
Taobao merupakan salah satu laman jual beli China yang terkenal dalam kalangan pembeli luar negara.
Taobao milik Alibaba Group dan mempunyai lebih 170 juta pengguna yang berdaftar.
Apa yang lagi menarik tentang TaoBao adalah anda boleh membeli dengan kuantiti yang sikit tapi dengan harga borong.
- AliExpress
AliExpress, seperti Taobao, dimiliki oleh Alibaba.
Kebanyakan pembekal di AliExpress menetapkan minimum order quantity (MOQ) atau jumlah minimum kuantiti tempahan bermula daripada 10 unit.
Tetapi pembelian serendah 1 unit masih boleh dilakukan tetapi dengan harga yang sedikit tinggi berbanding jika anda membeli secara borong.
Website ini sesuai jika anda pemborong untuk perniagaan anda.
- Alibaba
Alibaba memang tidak asing lagi dalam industri perdagangan borong.
Alibaba mempunyai beratus juta produk dari 40 kategori yang berbeza termasuklah barang elektronik, mesin dan pakaian.
Jika perniagaan anda bersaiz besar, Alibaba adalah lebih sesuai.
Hal ini kerana pembekal tidak menyimpan stok maka MOQ biasanya tinggi.
Pengilang juga akan mengeluarkan produk berdasarkan MOQ supaya mendapat keuntungan.
- DHGate
DHGate merupakan antara pasaran atas talian yang tertua dan terbesar yang menghasilkan barangan China.
Website ini menjadi satu medium yang menyambungkan pembekal kecil dan sederhana dengan pembeli dari luar negara.
Pelbagai produk yang dipasarkan termasuklah barangan elektronik, perkakas rumah dan permainan kanak-kanak.
- GeekBuying
Kalau anda mencari website yang khas untuk barangan elektronik, GeekBuying adalah pilihan untuk anda.
Banyak barangan seperti telefon android, sistem sekuriti pintar, tablet dan banyak lagi.
Apa yang menariknya, GeekBuying menawarkan harga yang eksklusif bagi telefon pintar Xiaomi.
Website ini juga mempunyai beberapa barangan elektronik yang menyeronokkan.
Contohnya, terdapat bahagian khas untuk kereta kawalan jauh dan skuter elektrik.
- Rotita
Kalau anda mencari website untuk memborong pakaian, Rotita adalah salah satu website yang anda boleh layari.
Kebanyakannya adalah pakaian wanita dengan fesyen terkini dan terdapat juga pakaian wanita berukuran besar.
Rotita menjamin penghantaran yang pantas dan perkhidmatan pelanggan yang terbaik.
- TMall
Sama seperti Taobao, TMall menawarkan harga borong bagi barangan mereka.
Tetapi yang berbezanya adalah TMall mempunyai produk berjenama dan brand besar seperti Nike, Apple dan banyak lagi.
Produk di TMall walaupun berjenaman tetapi diberikan dengan harga yang berganda lagi murah.
Penghantaran dengan MFAZ Ventures
Selepas memborong barangan dari China, mestilah anda perlukan servis penghantaran yang baik untuk barangan anda.
MFAZ Ventures adalah jawapannya.
MFAZ berpengalaman dalam mengendalikan sebarang dokumentasi dan formaliti bagi mengeksport dan mengimport barangan.
Anda boleh memilih dari pelbagai pilihan penghantaran dan logistik, serta gudang penyimpanan disediakan secara percuma!
Jadi, anda tidak perlu risau kerana MFAZ akan memastikan barangan anda sampai ke tangan anda dengan selamat.