Negara China adalah terkenal sebagai destinasi untuk memborong barang dengan harga yang berpatutan.
Dengan harga yang rendah, anda dapat membeli barang yang berkualiti.
Tetapi tahukah anda ramai juga pembeli di Malaysia yang kena ‘scam’ oleh pembekal di sana kerana kesilapan dan kecuaian sendiri?
Jangan risau, artikel ini akan menerangkan salah silap pembeli yang sering dilakukan dan juga cara pembelian yang selamat dari China.
Kesilapan Lazim Apabila Membeli Barang Dari China
1. Beli tanpa membuat kajian
Antara silap yang sering dilakukan oleh pembeli adalah mencari pembekal atau produk yang murah tanpa membuat kajian.
Mereka ini selalunya akan terus memilih pembekal pertama yang dijumpai tanpa membuat perbandingan harga.
Alangkah ruginya jika terdapat pembekal lain yang menawarkan harga yang lebih murah untuk produk yang sama.
Oleh sebab itulah pentingnya untuk anda membuat kajian serta perbandingan harga sebelum membeli.
2. Tidak menghubungi pembekal
Tahukah anda ramai orang pada zaman ini sanggup menipu demi mendapatkan duit?
Oleh itu, anda perlulah sentiasa menghubungi pembekal.
Ini adalah supaya anda sentiasa tahu tentang status barang anda.
Anda adalah berpotensi untuk di “scam” oleh pembekal yang ingin mengambil kesempatan ke atas anda jika anda tidak berhubung dengan mereka.
Antara cara untuk berhubung dengan mereka adalah seperti email dan aplikasi WeChat yang terkenal di China.
3. Membeli barang dengan kuantiti yang banyak pada belian yang pertama
Bagi anda yang baru sahaja nak berjinak dengan pembelian dari China, elakkan daripada memborong barang dalam kuantiti yang banyak untuk pembelian yang pertama kali.
Ini adalah untuk mengelakkan pembaziran duit sekiranya masalah yang tidak disangkal timbul.
Anda dinasihatkan untuk membeli dengan kuantiti yang sikit sebagai cubaan. Ini amat penting untuk anda mengenal pasti yang mana pembekal yang elok dan boleh dipercayai.
Cara Beli Barang dari China
- Dhgate.com
Anda boleh membeli terus dari China melalui laman web ini kerana ia menyediakan produk-produk borong daripada penjual disahkan, atau lebih dikenali sebagai ‘certified seller’ bagi pasaran luar.
Mereka menyediakan perkhidmatan penghantaran ke seluruh dunia.
Anda jugak boleh menghubungi pembekal secara langsung di platform ini.
Selain itu, laman web ini mudah digunakan kerana web utamanya adalah dalam Bahasa Inggeris dan matawang yang digunakan juga adalah dalam USD.
- Made-in-China.com
Laman web Made-in-China.com juga mudah digunakan oleh pengguna luar dari China kerana web ini adalah dalam Bahasa Inggeris.
Oleh kerana pembekal di laman web ini mesra kepada pembeli, ramai juga peniaga di Malaysia yang membeli barang di sini walaupun harganya sedikit mahal kerana menggunakan matawang USD.
- Ali Express
Seterusya, laman web Ali Express adalah di bawah Alibaba Group dan AliExpress.
Yang menariknya, ia boleh diakseskan mengguna pelbagai bahasa termasuklah Bahasa Melayu.
Harga barang yang dijual di Ali Express juga agak murah walaupun berurusan dalam matawang USD.
- Ali Baba.com
Tahukah anda terdapat 17 negara yang menjadi supplier di Alibaba?
Malaysia juga merupakan salah satunya supplier di laman web ni.
Cumanya terdapat jumlah minimum pesanan yang diperlukan bagi mendapat harga terendah yang ditawarkan.
Sistem ini dinamakan sebagai MOQ (Minimum Order Quantity). Matawang yang digunakan juga adalah dalam USD.
- Taobao.com
Disebabkan harga produk yang lebih murah berbanding laman web lain, Taobao.com amat dikenali dalam kalangan peniaga.
Seperti kebanyakan platform e-dagang, platform ini juga menggunakan mata wang USD.
Namun begitu, laman web ini adalah dalam Bahasa Cina.
Tapi anda tidak perlu risau kerana anda boleh terjemahkan ia kepada Bahasa Inggeris.
- 1688.com
Di samping itu, aman web 1688.com adalah khas untuk pemborong kerana ada sistem MOQ.
Tetapi anda jugak boleh membeli produk secara individu, bukan hanya dalam jumlah yang besar.
1688.com juga adalah website berbahasa Cina dan bermata wang Yuan.
Anda memerlukan ejen atau syarikat penghantaran untuk membuat pembelian di website ini kerana ia tidak boleh beli secara langsung.
Oleh itu, penting untuk anda mengenali syarikat penghantaran mana yang terbaik agar barang anda selamat dihantar ke tangan anda.
Terutamanya bagi mereka yang baru dalam industri perniagaan, semestinya mereka ingin dapatkan syarikat penghantaran yang boleh dipercayai.
Memperkenalkan MFAZ Ventures!
MFAZ berpengalaman dalam menyediakan servis penghantaran yang terbaik.
Mereka akan mengendalikan sebarang dokumentasi dan formaliti. Ini akan memudahkan proses barangan anda untuk dieksport and diimport.
Terdapat banyak pilihan penghantaran dan logistik yang boleh anda pilih. Bukan itu sahaja, MFAZ juga menyediakan gudang penyimpanan secara percuma.
Pastinya barangan anda akan sampai dengan selamat!
Jom “Like” kami di Facebook. Tunggu apa lagi?