Kebanyakan bisnes kini tidak lagi runsing kerana adanya perkhidmatan kargo Malaysia.
Proses memborong dan menghantar barang ke luar negara secara bulk sememangnya lebih mudah pada zaman serba-serbi moden yang canggih ini.
Namun, dalam keseronokan berbisnes, perlu juga kita teliti aspek keselamatan kargo.
Jom kita tambah ilmu supaya lebih cakna tentang keselamatan kargo!
Artikel Berkait
Apakah Maksud Kargo?
Tahukah anda apa itu kargo?
Pernahkah anda melihat kontena-kontena di lapangan terbang ataupun di tempat perkapalan?
Kontena-kontena inilah kargo! Ia merupakan hasil keluaran atau barang yang dibawa untuk keuntungan perdagangan melalui lori, van, kereta api, kapal dan juga kapal terbang.
5 Tips Keselamatan Penting Buat Kargo
Terdapat beberapa tips yang penting untuk memastikan keselamatan kargo. Antaranya adalah:
- Penggunaan bekalan penghantaran
Pastikan anda menguruskan bekalan penghantaran dengan betul.
Bagaimanakah cara mengendalikan bekalan penghantaran secara teratur?
Antara cara yang anda boleh lakukan untuk mengelakkan bekalan berikut mudah rosak ialah dengan melabel tanda “fragile”.
- Kedudukan kargo
Kargo mestilah berada dalam keadaan yang selamat dari segi semua sudut.
Kedudukan kargo mestilah rapat dan ketat antara satu sama lain.
Hal ini adalah untuk memastikan bahawa kargo tidak bergerak dengan drastik sehingga merosakkan barang-barang didalamnya.
Dalam pada itu, perkara ini dapat mengelakkan peralihan semasa pengangkutan terutamanya ke arah pintu.
- Isi ruang kosong dalam kargo
Untuk memastikan ruangan diantara kargo tidak kosong yang boleh mengundang kerosakan pada barang, ruangan kosong ini perlu diisi.
Kebanyakan ruangan kargo yang kosong biasanya diisi dengan jeriji simpanan, beg udara, bungkusan kosong, kadbod beralun atau tayar terpakai.
- Mengikat kargo
Selain dari tips-tips di atas, anda juga perlu memastikan kargo diikat dengan utuh.
Kargo biasanya akan diikat dengan tali atau kabel khas pada setiap bahagian kontena. Antaranya ialah bahagian atas, bawah, kedua-dua sisi dan setiap bucu kontena.
- Kurangkan tekanan kargo
Kebiasaannya, kargo-kargo yang diangkut dan dibawa untuk tujuan perdagangan adalah besar dan amat berat.
Barang-barang dalam kontena yang banyak atau berat akan menyebabkan tekanan yang tinggi atau tak sekata untuk kargo.
Oleh itu, gunalah rasuk kayu, papan, intermediate partition dan lantai untuk membahagi sama rata tekanan dalam kargo.
- EXTRA: Penggunaan net
Selain daripada memastikan kargo-kargo tersebut diikat secara utuh dengan menggunakan kabel khas, anda juga boleh menggunakan net untuk memastikan kargo itu tidak rosak atau bergerak.
Artikel Berkait
Kepentingan Mengamalkan Keselamatan Kargo
Kargo terdiri daripada barangan yang berat, oleh itu, keselamatan perlu dititikberatkan sewaktu mengendalikan kargo.
Terdapat beberapa kemungkinan besar sekiranya aspek keselamatan ini terlepas pandang. Antaranya ialah barangan akan jatuh ke dalam laut dan kerosakan kargo.
Hal ini sudah tentu akan mendatangkan kerugian.
Jadi, berikut merupakan kepentingan mengamalkan keselamatan kargo:
- Akauntabiliti
Setiap pekerja yang mengendalikan kargo-kargo akan memikul tanggungjawab secara menyeluruh.
Sifat ini akan mendatangkan sikap ketelitian dan berwaspada dalam kalangan pekerja ketika mengendalikan kargo.
- Mencegah kerosakan
Jika pekerja-pekerja kargo menjalankan aspek keselamatan dan SOP dengan teliti, ia dapat meruncingkan kadar kerosakan terhadap kargo.
- Menyusun kargo
Kargo-kargo tersebut perlulah disusun mengikut kepentingan dan keutuhan sesuatu barang.
- Pengambilan inventori
Hal pengambilan inventori akan menjadi lebih mudah sewaktu proses pemunggahan barang dilakukan di destinasi.
Hal ini kerana kargo-kargo tersebut sudah dilabel dan disusun mengikut jenis, keutuhan dan sebagainya.
- Pengagihan barangan dalam kargo
Untuk memastikan tekanan storage kargo tidak terlalu tinggi, pengagihan barangan di dalam kargo secara sama rata mengikut berat juga amat penting.
Begitulah beberapa tips keselamatan dan juga kepentingan mengamalnya agar kita dapat menjadi pekerja kargo yang bertanggungjawab dan berhemah.
Semoga artikel ini bermanfaat buat anda! Oh ya, jika anda sedang mencari perkhidmatan penghantaran kapal di Malaysia, anda boleh pilih MFAZ!
MFAZ berpengalaman dalam mengendalikan sebarang dokumentasi dan formaliti bagi mengeksport dan mengimport barangan melalui kaedah ini.
Berikut adalah servis yang ditawarkan:
- Kapal (FCL dan LCL) dari China ke Malaysia
- Kapal dari Indonesia ke Malaysia
- Kapal dari Thailand ke Malaysia
Anda tidak perlu risau jika memilih kami kerana MFAZ akan membantu anda pada setiap langkah.
Semua barang dipastikan akan sampai dalam keadaan yang sempurna!
Kesimpulannya, kapal kargo merupakan kaedah penghantaran yang sangat bagus dan sesuai digunakan untuk mereka yang ingin mengeksport ke luar negara atau ke dalam Malaysia.
Jika anda ingin memborong barang dari luar negara, anda perlu mencari syarikat untuk menolong anda dengan proses penghantaran.
Syarikat penghantaran yang terbaik adalah MFAZ. Kami sangat berpengalaman dalam sektor ini dan akan memberi anda servis yang terbaik.