Nak Beli Barang Dari China? Ikuti 4 Tips Ini

May 18, 2021

Jika anda ingin membeli barang dalam kuantiti yang banyak dan berkualiti, satu langkah yang sesuai untuk anda adalah untuk beli barang dari China.

Ini kerana negara China merupakan destinasi terkenal untuk  memborong barang-barang dengan harga yang berpatutan.

Dalam artikel ini, kami akan terangkan kepada anda cara membeli barang dari China dan juga perkara yang anda perlu tahu sebelum membeli.

Teruskan membaca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut.

4 Tips Beli Barang Dari China

Jika anda ingin memulakan bisnes sendiri, salah satu cara yang agak menjimatkan adalah dengan membeli barang dari China.

Kami akan berkongsikan beberapa langkah yang anda boleh ikut supaya anda dapat beli barang yang murah dan berkualiti.

  1. Cari Pembekal Yang Boleh Dipercayai

Sebelum anda memborong barang dari sesuatu pembekal, anda perlu memastikan syarikat tersebut mempunyai reputasi yang bagus.

Ini supaya anda tidak kena ‘scam’ oleh pembekal yang memberi barangan yang mudah rosak atau tidak berkualiti.

Ini akan menyebabkan anda sukar untuk menjual semula barang tersebut.

Oleh itu, anda perlu mencari pembekal yang boleh dipercayai melalui bacaan review online atau dari rakan bisnes anda yang kenal pembekal yang boleh dipercayai.

  1. Mewujudkan Hubungan Yang Baik Dengan Pembekal

Anda juga boleh cuba untuk mewujudkan hubungan yang baik dan rapat dengan pembekal anda dari China.

Menjaga hubungan baik dengan pembekal akan memudahkan proses anda untuk membuat pembelian lagi pada masa yang akan datang.

Selain itu, ini mungkin akan membuka peluang untuk mendapat diskaun dan harga yang lebih murah kerana mereka sudah mengenali anda.

Mereka juga akan lebih cenderung untuk memberi anda promosi yang eksklusif kerana mereka tahu anda merupakan pelanggan tetap.

A picture containing phone, cellphone, talking, person Description automatically generated

  1. Sediakan Bajet Yang Banyak

Untuk memborong barang dari China, banyak syarikat memerlukan anda untuk membeli dalam kuantiti yang banyak.

Oleh itu, anda perlu bersedia supaya anda boleh menampung kos yang diperlukan. 

  1. Mewujudkan Rangkaian Dengan Banyak Pembekal

Bagi mereka yang ingin memulakan bisnes, satu langkah yang bagus adalah untuk mewujudkan rangkaian yang luas dengan banyak pembekal.

Ini supaya anda dapat banyak pilihan semasa anda ingin mencari barang dari China. Anda boleh membuat perbandingan harga supaya dapat harga yang paling bagus.

Pembekal ini juga boleh mencadangkan kepada anda kawan-kawan mereka yang lebih mahir dalam sesuatu produk. Dengan ini, anda akan mendapat barang yang berkualiti.

Radar chart Description automatically generated

3 Perkara Yang Anda Perlu Elakkan Apabila Membeli Barang Dari China

Kami juga akan memberi anda 3 perkara yang perlu dielakkan semasa membeli barang dari China.

  1. Tidak Membuat Kajian

Salah satu silap yang sering dilakukan oleh ramai orang adalah membeli barang tanpa membuat kajian yang elok. Ini termasuk mencari pembekal atau produk yang lebih murah.

Mereka memilih pembekal pertama yang mereka jumpa dan tidak membuat perbandingan harga. 

Ini boleh mengambil banyak duit kerana terdapat pembekal lain yang menawarkan produk yang sama tetapi pada harga yang lebih murah.

Sebelum memborong barang, anda perlulah membuat kajian supaya dapat perkara yang paling elok untuk anda.

  1. Tidak Berhubung Dengan Pembekal

Jika anda membuat bayaran, anda perlu sentiasa berhubung dengan pembekal anda tentang status barang anda. Ini untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini dari berlaku.

Ini kerana terdapat ramai pada masa kini yang sanggup menipu untuk mendapatkan duit, jika anda tidak berhubung dengan mereka, mereka boleh mengambil peluang untuk menipu anda.

Anda juga perlu mencari banyak cara untuk menghubung mereka selain dari email, aplikasi seperti WeChat merupakan satu aplikasi yang bagus kerana sangat terkenal di China.

  1. Membeli Dengan Kuantiti Yang Banyak Untuk Pertama Kali

Jika anda baru mencuba untuk memborong dari China, anda perlu mengelak diri dari memborong barang dengan banyak untuk pertama kali.

Untuk pembelian pertama, lebih elok untuk anda membeli dengan kuantiti yang sikit untuk mencuba dulu. 

Ini untuk mencari pembekal yang elok supaya anda boleh berurusan dengan mereka pada masa lain.

Jika anda membeli dengan kuantiti yang banyak terus dan timbul masalah, duit anda akan habis begitu sahaja.

Tak tahu mana nak cari website untuk borong dari China? Jom baca artikel ini.

Penghantaran Dengan Mfaz Ventures

Selepas memborong barangan dari China, mestilah anda perlukan servis penghantaran yang baik untuk barangan anda.

MFAZ Ventures adalah jawapannya.

MFAZ berpengalaman dalam mengendalikan sebarang dokumentasi dan formaliti bagi mengeksport dan mengimport barangan.

Anda boleh memilih dari pelbagai pilihan penghantaran dan logistik, serta gudang penyimpanan disediakan secara percuma!

Jadi, anda tidak perlu risau kerana MFAZ akan memastikan barangan anda sampai ke tangan anda dengan selamat.

A picture containing cargo container, outdoor object Description automatically generated

Kesimpulannya, membeli barang dari China merupakan satu langkah yang sangat bagus bagi mereka yang berminat untuk membuka bisnes sendiri.

Jika anda ingin memborong barang dari luar negara, anda perlu mencari syarikat untuk menolong anda dengan proses penghantaran.

Syarikat penghantaran yang terbaik adalah MFAZ. Kami sangat berpengalaman dalam sektor ini dan akan menolong anda pada setiap langkah.

Anda boleh memilih dari pelbagai pilihan penghantaran dan logistik, serta gudang penyimpanan disediakan secara percuma!

Jadi, anda tidak perlu risau kerana MFAZ akan memastikan barangan anda sampai ke tangan anda dengan selamat.

Scroll to Top