Bagi mereka yang berminat untuk berniaga, terdapat banyak perkara yang anda perlu tahu antaranya adalah mengetahui cara borong barang dari China.
Ini kerana ia adalah cara yang terbaik bagi mereka yang ingin memulakan bisnes. Negara China merupakan pembekal yang sangat bagus.
Di dalam artikel ini, kami akan menerangkan kepada anda 3 tips cara borong barang dari China dan beberapa perkara yang anda wajib tahu untuk mengelak daripada terkena scam.
Teruskan membaca artikel ini untuk mendapat maklumat yang berfaedah!
Artikel Berkait
3 Website Borong Barang Dari China
Di bahagian ini kami akan memperkenalkan kepada anda 3 website yang anda boleh guna untuk memborong barang dari China.
- Pinduoduo
Pinduoduo adalah sebuah website yang baru tetapi mempunyai banyak pembekal dari China. Anda perlu muat turun apps ini kerana ia tidak mempunyai website di internet.
Tetapi satu kekurangan yang terdapat pada Pinduoduo adalah ia semua dalam bahasa Cina dan tidak boleh ditukar.
Anda boleh meminta kawan atau ahli keluarga yang mahir berbahasa Cina untuk memudahkan anda membeli barang keperluan di Pinduoduo.
- Taobao
Cadangan kedua adalah Taobao yang merupakan salah satu laman web yang digemari ramai kerana harga yang ditawarkan oleh pembekal di sini.
Ia juga merupakan website yang sangat mudah untuk guna kerana anda boleh menggunakan option Google Translate yang ditawarkan di Google Chrome sebaik sahaja anda membukanya.
- 1688.com
Laman web ini juga sama seperti Taobao kerana anda boleh menggunakan option Google Translate ketika anda melayarinya.
Namun, penggunaan 1688.com berlainan dengan Pinduoduo dan Taobao. Hal ini disebabkan anda hanya boleh membuat order menggunakan alamat China sahaja.
Untuk itu, anda boleh menggunakan ejen yang sah untuk membantu anda.
Artikel Berkait
Ketahui Kos Penghantaran Dari China
Jika anda tidak pernah membuat penghantaran dari China, kami akan menerangkan kepada anda anggaran kos yang anda perlu tampung untuk perkara ini.
Anda perlu tahu bahawa terdapat dua jenis kaedah penghantaran iaitu melalui udara dan jalan laut.
Bagi barangan yang kecil, ia biasanya akan dihantar melalui udara. Manakala, barangan yang lebih besar menggunakan jalan laut.
Di bawah adalah anggaran kos untuk setiap kilogram (kg) barang bagi kaedah penghantaran udara.
Berat | Harga |
0.01kg – 2.00kg | Setiap 1kg = RM22.70 |
3.00kg – 5.00kg | Setiap 1kg = RM19.41 |
6.00kg – 10.0kg | Setiap 1kg = RM19.08 |
11.0kg-50.0kg | Setiap 1kg = RM18.75 |
Berikut adalah anggaran kos untuk kaedah penghantaran jalan laut pula.
Berat | Harga |
0.01kg – 500kg | 1kg pertama : RM10.81 1kg seterusnya : RM 4.01 |
Artikel Berkait
Elak Daripada Kena Scam Online!
Di sini, kami akan berkongsi beberapa perkara yang wajib anda tahu supaya tak terkena scam ketika membeli barang borong China online.
- Lihat Review orang
Salah satu perkara yang sangat penting yang perlu buat sebelum membuat pesanan adalah untuk melihat review dan rating kedai tersebut.
Ini untuk memastikan kedai atau pembekal tersebut boleh dipercayai dengan testimoni pelanggan mereka.
- Pastikan Website Selamat
Salah satu taktik dan cara orang menipu pada masa sekarang adalah mewujudkan laman web atau apps yang direka khas untuk mencuri maklumat peribadi anda.
Oleh itu, anda dinasihatkan untuk tidak menekan sebarang link yang anda dapat kerana ia mungkin akan membawa anda kepada laman web seperti itu.
- Jangan Buang Resit
Perkara terakhir adalah untuk sentiasa simpan resit serta perbualan di online platform antara anda dengan penjual atau pembekal.
Ini kerana anda boleh menggunakannya sebagai bukti sekiranya barang tidak sampai atau dalam keadaan rosak atau pecah.
Kesimpulannya, mengetahui cara borong barang dari China sangat penting bagi mereka yang ingin bermula bisnes jual barang.
Anda juga dinasihatkan untuk mempunyai bantuan ejen atau syarikat penghantaran untuk membuat pembelian di website ini kerana ia tidak boleh beli secara langsung.
Oleh itu, penting untuk anda mengenali syarikat penghantaran mana yang terbaik agar barang anda selamat dihantar ke tangan anda.
Terutamanya bagi mereka yang baru dalam industri perniagaan, semestinya mereka ingin dapatkan syarikat penghantaran yang boleh dipercayai.
Memperkenalkan MFAZ Ventures!
MFAZ berpengalaman dalam menyediakan servis penghantaran yang terbaik.
Mereka akan mengendalikan sebarang dokumentasi dan formaliti. Ini akan memudahkan proses barangan anda untuk dieksport and diimport.
Terdapat banyak pilihan penghantaran dan logistik yang boleh anda pilih. Bukan itu sahaja, MFAZ juga menyediakan gudang penyimpanan secara percuma.
Pastinya barangan anda akan sampai dengan selamat!